PENGUMUMAN:
Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal telah menyediakan laluan peserta bagi Program Batu Gajah MTB Challenge 2024.
Sehubungan dengan itu, suatu sesi percubaan laluan (test trek) akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 11 November 2024 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Tapak parkir kenderaan Kellie's Castle, Batu Gajah
Semua peserta dijemput hadir. Peserta yang berminat boleh menghubungi
1. Encik Shah - 0135300190
2. Puan Falizah - 0174017037
3. Encik Azman - 0175753984
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh pendaftaran telah di tutup.
URUS SETIA TELAH MENERIMA CADANGAN DARIPADA PESERTA BERKENAAN PENAMBAHAN KATEGORI BAGI KATEGORI HEAVYWEIGHT 90KG KE ATAS. JUMLAH PENYERTAAN UNTUK DIPERTANDINGKAN MESTILAH MELEBIHI 70 ORANG. SESI TIMBANG BERAT BADAN AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH: 24 NOVEMBER 2018 (SABTU)
MASA: 2.00 PETANG
TEMPAT: KELLIE’S CASTLE, BATU GAJAH
PESERTA YANG BERMINAT BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN MELALUI BLOG RASMI https://mdbgsites.wixsite.com/mtbmdbg . SEBARANG PERTANYAAN BOLEH MENGHUBUNGI ENCIK MOHAMAD SHAH RIDLA DI TALIAN 013-5300190. SEKIRANYA PENYERTAAN TIDAK MELEBIHI 70 ORANG, MAKA KATEGORI INI TIDAK AKAN DIPERTANDINGKAN.
HARAP MAKLUM.
MTBMDBG
013 5300190 En Shah
017 5753984 En Azman
017 4017037 Pn Falizah
019 5118991 Cik Yanie

Hadiah Menarik Menanti Anda!!!
Pengenalan
Batu Gajah terkenal di kalangan peminat sukan basikal lasak atau basikal bukit dengan laluan yang mencabar selain panorama indah di kawasan hutan dan kuari yang memberi pengalaman yang bermakna kepada peserta yang terlibat. Menerusi penganjuran siri-siri pertandingan basikal bukit / MTB Challenge yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Batu Gajah bermula dari tahun 2012, penglibatan peserta adalah sangat menggalakkan.
Program ini juga dirangka sebagai salah satu kaedah bagi mempromosikan produk pelancongan baru yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Batu Gajah.
-
Meningkatkan jumlah kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara ke Batu Gajah seterusnya membentuk imej baik pelancongan di negeri Perak khususnya dan negara Malaysia amnya di dalam penganjuran program yang bertaraf antarabangsa.
-
Membentuk imej pelancongan di Batu Gajah menerusi penganjuran program MTB Challenge yang menjadi tarikan umum peminat basikal lasak/basikal bukit.
-
Mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di Batu Gajah terutama Kellie’s Castle dan kawasan sekitar penganjuran program
-
Menyumbang kepada penjanaan ekonomi masyarakat setempat dengan perkembangan peniagaan di sekitar kawasan program berlangsung.
Sila Hubungi :
Jalan Haji Abdul Wahab, Kampung Bendera, 31000 Batu Gajah, Negeri Perak, Malaysia